Anyaman boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
anyaman kelarai,
anyaman biasa dan
anyaman sulam.
Terdapat pelbagai rupa bentuk anyaman. Rupa bentuk yang dihasilkan ini adalah bergantung kepada teknik dan proses menganyam yang dijalankan. Antara rupa bentuk anyaman adalah seperti berikut:
- Barangan dua dimensi ciptaan tradisional :
Antaranya terdiri daripada tikar dan kipas
- Barangan dua dimensi ciptaan moden :
Antaranya terdiri daripada pengalas, piring, cawan dan meja, hiasaan kepala katil dan dinding, pengadang ruang dan sebagainya.
- Barangan tiga dimensi ciptaan tradisional :
Antaranya terdiri daripada bakul untuk bekas beras, padi, atau ikan, kampit, tudung saji, kembal besar untuk kain baju, kembal kecil untuk sirih atau tembakau, rombong untuk bekas serba guna, beg tangan dan beg kepit.
- Barangan tiga dimensi ciptaan moden :
Antaranya terdiri daripada beg kepit, beg tangan, beg sandang, dompet duit, topi, bekas serba guna, fail, terendak lampu, tempat bunga, tempat surat, bekas bunga dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment