Saturday 29 October 2011

Warna


Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan.
B. Jenis-jenis Warna
Dalam seni visual, warna terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
1. Warna Asas/Utama
2. Warna Sekunder
3. Warna Tertier

Warna asas terdiri daripada
warna biru, merah dan kuning.
Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.
Warna Sekunder
Warna sekunder terdiri daripada warna
hijau, jingga dan ungu.
Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas.
Warna Asas Warna Sekunder
Kuning + Biru = HijauBiru + Merah = UnguMerah + Kuning = Jingga

Warna tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder.

Warna Asas Warna Sekunder Warna Tertier
Biru + Ungu = Biru-Ungu
Merah + Ungu = Merah-Ungu
Merah + Jingga = Merah-Jingga
Kuning + Jingga = Kuning-Jingga
Kuning + Hijau = Kuning-Hijau
Biru + Hijau = Biru-Hijau

Saturday 22 October 2011

Pendidikan Seni

Pendidikan Seni bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Matlamat mata pelajaran Pendidikan seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas Seni Visual.

Kraf Tangan
"Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf"