Friday 16 December 2011

Batik 1

Bentuk  Motif

           Bentuk  motif  batik  dicipta  dalam  dua  gaya,  iaitu  sama  ada  dalam  gaya  organik  atau  gaya  geometri.  Motif  gaya  organik  yang  berdasarkan  sumber  alam  seperti  tumbuhan,  ranting,  pucuk,  kuntum  dan  sebagainya  sangat  popular.  Bentuk  motif  figura  jarang  digunakan.  Bentuk  figura  yang  biasa  digunakan  berbentuk  wayang  kulit  dan  unggas.  Walaupun  motif  dilukis  dengan  gaya  organik,  namun  dibentuk  dalam  seni  abstrak   atau  secara  simbol.  Bentuk  motif  gaya  geometri  merujuk  kepada  pengolahan  garis-garis  halus  bentuk  ' S ',  swastika,  segi  empat  dan  rupa  geometri  lain  yang  terdapat  pada  bahagian  tertentu  kain  batik  sarung.

Unsur  Motif

Unsur-unsur  berikut  digunakan  dalam  ciptaan  batik  tempatan  iaitu:
  • Unsur  flora
  • Unsur  fauna
  • Unsur  rupa  geometri

Batik

Pengenalan

       Perkataan  batik  berasal  daripada  bahasa  Jawa  ' ba '  dan ' tik '  yang  bermaksud  titisan  lilin.  Batik  merupakan  sejenis  barangan  kraf  yang  dihasilkan  melalui  proses  menerap  lilin  dan  mencelup  kain.  Batik  terkenal  di  negeri-negeri  di  gugusan  Kepulauan  Melayu  seperti  Indonesia,  Singapura,  Brunei  dan  Malaysia.
        Kain  batik  dan  proses  menghasilkannya  dikatakan  telah  wujud  sejak  2000  tahun  dahulu  di  negeri  Mesir  dan  Parsi.  Batik  juga  telah  digunakan  sejak  abad  ke-7  di  Jepun  dan  Negeri  China.  Di  Semenanjung  Tanah  Melayu  pula,  kain  batik  dipercayai  telah  diperkenalkan  pada  zaman  pemerintahan  Parameswara  di  Melaka.  Perusahaan  batik  secara  tradisional  banyak  dijalankan  di  Kelantan  dan  Terengganu.
       Pada  masa  dahulu,  batik  telah  dijadikan  sebagai  pakaian  harian,  iaitu  sebagai  kain  sarung,  sapu  tangan,  selendang  dan  sebagainya.  Kini,  penggunaan  kain  batik  telah  berkembang  mengikut  trend  semasa  seperti  dijadikan  pengalas  meja,  kain  cadar,  langsir,  sarung  bantal,  selimut,  sarung  kusyen,  skraf,  beg  tangan,  pengadang  ruang,  hiasan  dinding  dan  sebagainya.  Batik  telah  menjadi  barangan  komersial  yang  sangat  popular,  terutamanya  di  kalangan  pelancong  yang  melawat  negara  ini.

Sunday 11 December 2011

Sulaman Anyaman

         Sulaman  anyaman  merupakan  satu  lagi  teknik  yang  terdapat  dalam  ragam  hias  anyaman.  Sulaman  anyaman  juga  dikenal  sebagai  bunga  sulam.  Sulaman  ini  biasanya  dibuat  pada  permukaan  anyaman  yang  berbentuk  tiga  dimensi  seperti  bekas  serba  guna  dan  rombong.

          Teknik  membuat  bunga  sulam  adalah  dengan  cara  menjahit  seperti  dalam  jahitan  tangan  biasa,  bezanya  bahan  anyaman  digunakan  untuk  menggantikan  benang.  Jarum   bermata  besar  digunakan  untuk  memasukkan  daun.  Jarum  disusupkan  ke  atas  permukaan  anyaman  sehingga  menembusi  bahagian  bawah  anyaman  dengan  meninggalkan  kesan  susupan  di  permukaan  bawah  anyaman.

Rupa Bentuk Tikar

          Rupa  bentuk  anyaman  tradisional  dua  dimensi  yang  masih kekal  penciptaan   dan  fungsinya  hingga  ke  hari  ini  ialah  tikar.  Walaupun  tidak  terdapat  banyak  variasi,  bentuk  dan  coraknya  tetap  indah  kerana  pelbagai  jenis  kelarai,  corak  dan  warna  digunakan.  Unsur-unsur  ini  menimbulkan  susunan  yang  unik  dan  menarik. Sebuah  tikar  dibahagikan  kepada  empat  ruang  iaitu  badan  tikar,  kepala  tikar,  bucu  tikar  dan  tepi  tikar.

Kelarai

       Kelarai  merupakan  corak  atau  motif  berbentuk  dam pada  anyaman.  Sebuah  anyaman  yang  lengkap  harus  dihiasi  dengan  kelarai.
    
       Kelarai  dapat  digubah  secara  tersusun  tunggal  atau  tersusun  dalam  ruang  tertentu.  Biasanya,  penganyam  akan  menggunakan  dua  jenis  warna  yang  kontra  untuk  mendapat  hasil   yang  menarik.  Pembentukan  kelarai  dilakukan  serentak  dengan  proses  menganyam.  Walaubagaimanapun,  pembentukan  kelarai  dirancang  terlebih  dahulu  dengan  menggunakan ' mata '  atau ' langkah ' yang  betul  dan  tepat  supaya motif  kelarai  yang  diingini  dapat  diwujudkan.

         Hampir  semua  jenis  kelarai  dicipta  berdasarkan  unsur-unsur  alam  seperti  unsur  tumbuhan,  bunga, dan  binatang.  Namun  begitu,  terdapat  kelarai  yang  berunsur  corak  geometri  dan  abstrak.  Ada  juga  kelarai  yang  dihubungkaitkan  dengan nama  tempat,  contohnya  kelarai  Sambas  dan  ada  yang  dikaitkan  dengan  nama  orang  yang  mahir  dalam  bidang  seni  anyaman,  contohnya  Kelarai  Mak  Mek  dan  Kelarai  Cik  Kedah.

        Kelarai  dapat  dibahagikan  kepada  beberapa  jenis  seperti  berikut :
  •  Kelarai  Punca  Flora
  • Kelarai  Punca  Fauna
  • Kelarai  Punca  Rupa  Geometri
  • Kelarai  Punca  Rupa  Abstrak
  • Kelarai  Punca  Nama  Tempat  dan  Nama  Pereka

Corak

      Dalam  seni  anyaman  tradisional,  corak  bermaksud  susunan  warna  pada  sesuatu  anyaman  biasa  atau  ghadas  tanpa  kelarai.  Corak  biasanya  dijalin  secara  berselang-seli  sehingga  meninggalkan  kesan  geometri  asli.  Kesan  kombinasi  warna-warna  penting  dalam  menentukan  corak. Lazimnya  dua  warna  yang  berkontra  digunakan  untuk  mendapat  hasil  yang  menarik.

       Beberapa  corak  yang  sering  digunakan  oleh  penganyam  tempatan  adalah  seperti  berikut:

  •  Corak  serong
  •  Corak  melintang
  •  Corak  berdiri  atau  corak  lurus
  •  Corak  beragi
  •  Corak  beras  patah
  •  Corak  mata  bilis
  •  Corak  tapak  catur
  •  Corak  selang-seli
  •  Corak  dam
  •  Corak  ketapang  gilir  kacang
  •  Corak  kisi-kisi
  •  Corak  Bugis
  •  Corak  Muar
  •  Corak  Malaysia
  •  Corak  Palembang
     

Rupa Bentuk Anyaman

Anyaman  boleh  dibahagikan  kepada  tiga  jenis  iaitu anyaman  kelarai anyaman  biasa  dan  anyaman  sulam.

Terdapat  pelbagai  rupa  bentuk  anyaman.  Rupa  bentuk  yang  dihasilkan  ini  adalah  bergantung  kepada  teknik  dan  proses  menganyam  yang  dijalankan.  Antara  rupa  bentuk  anyaman  adalah  seperti  berikut:
  • Barangan  dua  dimensi  ciptaan  tradisional :  
          Antaranya  terdiri  daripada  tikar  dan  kipas
  • Barangan  dua  dimensi  ciptaan  moden    :  
         Antaranya  terdiri  daripada  pengalas,  piring,  cawan dan  meja,  hiasaan  kepala  katil  dan  dinding,  pengadang  ruang  dan  sebagainya.
  • Barangan  tiga  dimensi  ciptaan  tradisional   :
          Antaranya  terdiri  daripada  bakul  untuk  bekas  beras,  padi,  atau  ikan,  kampit,  tudung  saji, kembal  besar  untuk  kain  baju,  kembal  kecil  untuk  sirih  atau  tembakau,  rombong  untuk   bekas  serba  guna,  beg tangan  dan  beg  kepit.
        
  • Barangan  tiga  dimensi  ciptaan  moden  :
          Antaranya  terdiri  daripada  beg  kepit,  beg  tangan,  beg  sandang,  dompet  duit,  topi,  bekas  serba  guna,  fail,  terendak  lampu,  tempat  bunga,  tempat  surat,  bekas  bunga  dan sebagainya.

Anyaman

        Seni  anyaman  merupakan  seni  warisan  kraf  tangan  Melayu  tradisional  yang  dipercayai  bermula  dan  berkembang  tanpa  pengaruh  luar.

        Masyarakat  Melayu  menganggap  seni  anyaman  sebagai  milik  warisan.  Seni  ini  masih  dikagumi  dan  digemari  hingga  ke  hari  ini.  Menganyam  merupakan  proses  menjalin  atau  menjaring-jaringkan  helaian  daun,  buluh,  rotan, bertam,  paku-pakis  ribu-ribu,  atau  bahan-bahan  lain  dengan  menggunakan  cara  dan  peraturan  tertentu  melalui   teknik  menyelang-nyelikan  helaian  antara  satu  sama  lain.

          Pada  zaman  dahulu,  kegiatan  seni  anyaman  dilakukan  oleh  kaum  wanita  untuk  mengisi  masa  lapang.  Hasil  kraf  tangan  ini  dianggap  tidak  mempunyai  sifat  kewanitaan  yang  lengkap  jika  dia  tidak  mahir  dalam  seni  anyaman.  Pada  masa  kini,  seni  anyaman  bukan  sahaja  popular  di  kalangan  masyarakat  Melayu  dan  masyarakat  lain  di  Malaysia,  bahkan  juga  terkenal  di  peringkat  antarabangsa. 

          Kegiatan  seni  tradisional  ini  telah  berkembang  menjadi  satu  perusahaan  seni  kraf  tangan  yang  penting  di  negara  ini. Bentuk  hasil  yang  bercorak  tradisional  ini  telah  diubah  suai  menjadi  pelbagai  bentuk  barangan  baru  bersesuaian  dengan  cita  rasa  semasa.

Saturday 10 December 2011

Jalinan

Jalinan  juga  dikenali  sebagai  texture.  Jalinan  bermaksud  keadaan  rupa  yang  terdapat  pada  sebarang  permukaan  dan  ia   mempunyai  nilai  sentuh  &  nilai  tampak.

Fungsinya  adalah  untuk  keselamatan  ataupun  pelindung  seperti  jalinan  atas  tayar  kereta.  Tujuannya  ialah  dekreatif  dan  menimbulkan  kesan  akspresif.

Ruang

Ruang  bermaksud  kawasan  yang  tidak  ada  batasnya.  Ruang  terbahagi  kepada  dua  bahagian  iaitu  ruang  fizikal  dan  ruang  menggambar.

Ruang  fizikal  dikenali  sebagai  ruang  nyata.  Tiap-tiap  objek  mempunyai  ruang  dan  ia  bersifat  tiga  dimensi.

Ruang  menggambar  merupakan  bentuk-bentuk  yang  disusun  ataupun  diolah  menduduki  sesuatu  kawasan  yang  terhad. Contohnya  kertas,  tembok  dan  lain-lain. Ia  bersifat  dua  dimensi.

Secara  umumnya, ruang  merupakan  bentuk-bentuk  disusun  bertindih  mengikutn  jarak  jauh  atau  dekat.  Bentuk-bentuk  biasanya  disusun  mengikut  perspektif.  Selain  itu,  warna  bentuk  dan  garisan  memainkan  peranan  penting  dalam  menimbulkan  kesan  ruang  perspektif.  

Friday 9 December 2011

Bentuk

Bentuk  ialah  sifat  seuatu  benda  tiga  dimensi.  Sifatnya  ialah  panjang,  pendek  tinggi,  berbentuk  organik  dan  geometri.  Ia  berkait  rapat  dengan  garisan,  rupa,  jalinan,  warna  dan  ruang.  Fungsinya  adalah  untuk  mengukur  atau  menyukat.  Selain  itu,  bentuk  adalah  untuk  melahirkan  bentuk  ekspresif  (  perasaan)  dan   menimbulkan  kesan  dekoratif.  

Thursday 8 December 2011

Rupa

Rupa  adalah  sifat  benda  atau  objek  yang  dilihat  secara  rata.          (  tiada  jalinan  atau  kosong).

Rupa  bersifat  semulajadi,  terutamanya  organik  dan  geometik  seperti  kecil,  gemuk,  kurus,  besar  dan  lain-lain.

Fungsinya  untuk  menyatakan  sifat  sesuatu  benda  atau  menyatakan    sesuatu  lambang  atau  simbol.  Tujuannya  adalah  untuk  hiasan.

Garisan

Definisi

Garisan   bermula  dari  titik  &  ia  merupakan  beberapa  siri  titik  &  cantuman  beberapa  siri  titik  ini  terjadi  objek  ataupun  garisan  yang  nyata,  garisan  mempunyai  dimensi  memanjang  serta  mempunyai  arah  tertentu  &  bersifat  seperti  panjang,  pendek,  tegak,  melintang,  bengkak-bengkok  dan  sebagainya.  Garisan  merupakan  unsur  seni  tampak  yang  pertama.

Sifat

Dua  sifat  utama  iaitu  organik  &  geometri.  Organik  merupakan  sifat  semulajadi  dan  lembut  manakala  geometri  lebih  ke  arah  ini  dan  selalunya  buatan  manusia. Secara  umumnya  garisan  bersifat  kasar,  nipis,  lurus,  halus,  bengkok,  panjang,  pendek,  beralun,  bergulung  dan  lain-lain.

Fungsi

Garisan  menyatakan  sesuatu  rupa @  bentuk @  ruang  untuk  melahirkan  perasaan  @  emosi.  Selain  itu,  Garisan  untuk  mengukur  dan   menimbulkan  kesan  jalinan  pada  permukaan. Garisan  berfungsi  untuk  menyatakan  arah,  merentak  &  pergerakan.