Saturday, 29 October 2011

Warna


Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan.
B. Jenis-jenis Warna
Dalam seni visual, warna terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
1. Warna Asas/Utama
2. Warna Sekunder
3. Warna Tertier

Warna asas terdiri daripada
warna biru, merah dan kuning.
Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.
Warna Sekunder
Warna sekunder terdiri daripada warna
hijau, jingga dan ungu.
Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas.
Warna Asas Warna Sekunder
Kuning + Biru = HijauBiru + Merah = UnguMerah + Kuning = Jingga

Warna tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder.

Warna Asas Warna Sekunder Warna Tertier
Biru + Ungu = Biru-Ungu
Merah + Ungu = Merah-Ungu
Merah + Jingga = Merah-Jingga
Kuning + Jingga = Kuning-Jingga
Kuning + Hijau = Kuning-Hijau
Biru + Hijau = Biru-Hijau

No comments:

Post a Comment